KELAB 606

KELAB 606

KELAB 606

Merenung kembali sejarah perjuangan perniagaan, kita boleh sedar betapa pengalaman adalah sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan apa sahaja matawang di dunia ini. Malah mengungguli pengalaman sebagai pedoman adalah suatu hukum yang perlu dipatuhi dengan tekun. Sebagai yang pernah diungkap oleh seorang tokoh jutawan tersohor networking di Malaysia;


"Berkerja keras dan bekorbanlah 5 tahun dan anda akan bersenang lenang untuk 30 tahun akan datang"



Hari ini ramai yang mula memperlihatkan kemelut dalam pertarungan ini. Ada yang lelah. malah tak kurang ada yang perlahan maju setapak-demi setapak. Tiada jalan pintas untuk ke sana. Tiada. Ianya serba-serbi mencabar akal, mencabar emosi, mencabar mental, fizikal dan juga rohani. Bagi yang melutut mengeluh dengan bebakul-bakul alasan - anda sebenarnya tidak gagal. Anda hanya mengalah dek kerana anda tidak cuba mengenali potensi yang berselindung dalam tubuh anda. Anda kecewa dengan diri sendiri dan bukannya kecewa atas sebab pihak dan individu lain. Dan bagi yang bergerak deras dan maju setapak ke depan; Anda sebenarnya masih jauh dari pangkalnya. Itu petanda anda sabar. Dan masih banyak cerita menarik menunggu anda di hujung selekoh sana.
Jangan mudah melihat kepada hal-hal yang mendorong anda mengubah fikiran anda. Misalnya, tak perlulah anda bergaul dan berkumpul dengan mereka diyakini boleh mempengaruhi anda dan melunturkan semangat anda. Rasul ALLAH pun menyebut dalam hadisnya agar kita memilih dengan siapa dan golongan yang bagaimana yang harus kita gauli untuk memelihara pemikiran dan ijtihad kita. Kita bukan membuang kawan-kawan yang tidak menerima atau menjauhi kawan-kawan yang tidak menyertai kita. Bukan! Kita hanya perlu hadkan pergaulan dengan mereka mencukupi mereka tidak mempengaruhi kita dengan perkara-perkara yang negatif. Itu sahaja.
Jika anda punyai cita-cita dan berhajat mencapainya, anda hanya perlu melihat sekeliling. Perhatikan apa yang telah anda lakukan dan sedang lakukan. Adakah ianya berbaloi dan menguntungkan? Adakah ianya menolak anda mencapai cita-cita anda itu? Jika tidak, anda haruslah bertenang, berlapang dada dan mulalah menginjak dari duduk sila anda sekarang dengan berbuat sesuatu. Dan tentunya saya mencadangkan anda menyertai kami. Ya, anda perlu mengambil sedikit risiko. Anda harus berani membuat keputusan kerana tidak ada apa lagi yang boleh anda usahakan sekarang jika pilihan ini tidak anda pilih. Anda perlu mencuba untuk mengubah dan mencapai cita-cita anda dari setiap apa jua sahaja lubang cahaya yang muncul. Mungkin ianya peluang seumur hidup anda untuk keluar dari gua kegelapan. Mungkin sahaja ianya satu-satunya jalan keluar untuk anda. Saya tidak pasti. Ianya serba mungkin. Tetapi yang pasti, tidak menjadi satu kesalahan jika anda mencubanya, ye tak?

BERGAMBAR BERSAMA KELAB 606

BERGAMBAR BERSAMA KELAB 606

KONVOI MGU2009

Wari Bekas Mekanik Mengubah Hidup

Aku dikenali sebagai Wari. Sebelum ini macam2 kerja aku dah buat dan yg terakhir jawatanku adalah mekanik,berapa sangatlah gaji seorang mekanik... Aku diperkenalkan dlm perniagaan ni dlm keadaan aku tak bersedia dan takda modal. Aku tengok ramai orang berjaya pada umur yg muda. Terfikir jugak kat dalam pikiran aku ni - kalau diaorang boleh buat dan bole berjaya dengan perniagaan macamni apa ruginya aku mencuba.Kenapa aku nak sombong sangat taknak tanya, padahal aku pun tak kemana dengan keje mekanik ni. Takkan aku nak pencen sebagai seorang mekanik kot? Pencen jadi cikgu okey lah jugak! Boleh orang panggil cikgu sampai mati. Nak tak nak aku terpaksa gadaikan kete kesayanganku nak buat modal. Sebab aku tau ini sajalah peluang utk aku ubah hidup aku. Alhamdulillah…jika dulu aku bermain dgn minyak hitam dan besi spanar tapi sekarang tanganku bermain dgn pen dan kertas. Yang lagi best dapat main dengan duit! Duit sendiri la bro! Jika dulu aku pakai kete proton tapi sekarang aku dah boleh naik setingkat lagi dalam hidup aku -pakai kete Toyota Vios. Jika dulu aku berkerja makan gaji tapi kini aku dah memiliki perniagaan sendiri..ok x???betul kata orang berjaya…kalau nak berjaya ikut cakap orang yang dah berjaya. Kalau nak gagal ikut sembang2 orang yang gagal. So…tunggu apa lagi!!!call aku sekarang @ 0172814606. Lepas ni aku nak pakai Toyota Caldina pulak! Ikut sifu aku...Korang tunggu jel lahh..!