KELAB 606

KELAB 606

KELAB 606

Merenung kembali sejarah perjuangan perniagaan, kita boleh sedar betapa pengalaman adalah sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan apa sahaja matawang di dunia ini. Malah mengungguli pengalaman sebagai pedoman adalah suatu hukum yang perlu dipatuhi dengan tekun. Sebagai yang pernah diungkap oleh seorang tokoh jutawan tersohor networking di Malaysia;


"Berkerja keras dan bekorbanlah 5 tahun dan anda akan bersenang lenang untuk 30 tahun akan datang"



Hari ini ramai yang mula memperlihatkan kemelut dalam pertarungan ini. Ada yang lelah. malah tak kurang ada yang perlahan maju setapak-demi setapak. Tiada jalan pintas untuk ke sana. Tiada. Ianya serba-serbi mencabar akal, mencabar emosi, mencabar mental, fizikal dan juga rohani. Bagi yang melutut mengeluh dengan bebakul-bakul alasan - anda sebenarnya tidak gagal. Anda hanya mengalah dek kerana anda tidak cuba mengenali potensi yang berselindung dalam tubuh anda. Anda kecewa dengan diri sendiri dan bukannya kecewa atas sebab pihak dan individu lain. Dan bagi yang bergerak deras dan maju setapak ke depan; Anda sebenarnya masih jauh dari pangkalnya. Itu petanda anda sabar. Dan masih banyak cerita menarik menunggu anda di hujung selekoh sana.
Jangan mudah melihat kepada hal-hal yang mendorong anda mengubah fikiran anda. Misalnya, tak perlulah anda bergaul dan berkumpul dengan mereka diyakini boleh mempengaruhi anda dan melunturkan semangat anda. Rasul ALLAH pun menyebut dalam hadisnya agar kita memilih dengan siapa dan golongan yang bagaimana yang harus kita gauli untuk memelihara pemikiran dan ijtihad kita. Kita bukan membuang kawan-kawan yang tidak menerima atau menjauhi kawan-kawan yang tidak menyertai kita. Bukan! Kita hanya perlu hadkan pergaulan dengan mereka mencukupi mereka tidak mempengaruhi kita dengan perkara-perkara yang negatif. Itu sahaja.
Jika anda punyai cita-cita dan berhajat mencapainya, anda hanya perlu melihat sekeliling. Perhatikan apa yang telah anda lakukan dan sedang lakukan. Adakah ianya berbaloi dan menguntungkan? Adakah ianya menolak anda mencapai cita-cita anda itu? Jika tidak, anda haruslah bertenang, berlapang dada dan mulalah menginjak dari duduk sila anda sekarang dengan berbuat sesuatu. Dan tentunya saya mencadangkan anda menyertai kami. Ya, anda perlu mengambil sedikit risiko. Anda harus berani membuat keputusan kerana tidak ada apa lagi yang boleh anda usahakan sekarang jika pilihan ini tidak anda pilih. Anda perlu mencuba untuk mengubah dan mencapai cita-cita anda dari setiap apa jua sahaja lubang cahaya yang muncul. Mungkin ianya peluang seumur hidup anda untuk keluar dari gua kegelapan. Mungkin sahaja ianya satu-satunya jalan keluar untuk anda. Saya tidak pasti. Ianya serba mungkin. Tetapi yang pasti, tidak menjadi satu kesalahan jika anda mencubanya, ye tak?

BERGAMBAR BERSAMA KELAB 606

BERGAMBAR BERSAMA KELAB 606

KONVOI MGU2009

Warie - From Zero to HERO

AMARAN!Jangan baca!Sebelum ni aku memang alergik giler dengan bisnes-bisnes macamni. Mana mungkin boleh kaya dalam masa yang singkat! Tapi semakin banyak aku bagi alasan, aku dok kat situ jugakl! Tak kaya-kaya jugak pun!Jadi,hari ini aku bagi peluang pada diri aku untuk mencuba apa yang diorang cakap boleh buat duit hari-hari ni. Aku nekad selepas kenangkan kesusahan yang aku tanggung selama aku kerja makan gaji, aku jual motor kesayangan aku untuk buat modal join bisnes ni. Kemudian aku belajar dari orang yang berjaya. Aku percaya nak berjaya aku mesti ikut cara orang berjaya bekerja. Aku mesti keluar dari kelompok asal aku. Aku pecaya, bottom line nya; duit juga akan menghasilkan duit! Selepas beberapa bulan aku dah berjaya pakai kereta Best Man Win (BMW bro!). 3-series M-Sport sioott!! Jadi,kalau kawan-kawan aku atau sesapa saja yang luar sana nak tahu rahsia macamana orang kaya bertambah kaya dan macamana rahsia aku mengubah kehidupan sampai boleh jadi macam sekarang cepat-cepat cari aku. Aku takkan cari korang ! He..he..hee..Duit habis boleh cari, masa berlalu tak akan berulang.Renung-renungkan dan selamat beramal...dan Lu pikirkah sendiri macamana nikmat kehidupan berada di hujung jari kita! Ayuh! Mencuba tak salah, yang salah bila kita tak mencuba!Haaa!Kan aku dah cakap jangan baca!