KELAB 606

KELAB 606

KELAB 606

Merenung kembali sejarah perjuangan perniagaan, kita boleh sedar betapa pengalaman adalah sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan apa sahaja matawang di dunia ini. Malah mengungguli pengalaman sebagai pedoman adalah suatu hukum yang perlu dipatuhi dengan tekun. Sebagai yang pernah diungkap oleh seorang tokoh jutawan tersohor networking di Malaysia;


"Berkerja keras dan bekorbanlah 5 tahun dan anda akan bersenang lenang untuk 30 tahun akan datang"



Hari ini ramai yang mula memperlihatkan kemelut dalam pertarungan ini. Ada yang lelah. malah tak kurang ada yang perlahan maju setapak-demi setapak. Tiada jalan pintas untuk ke sana. Tiada. Ianya serba-serbi mencabar akal, mencabar emosi, mencabar mental, fizikal dan juga rohani. Bagi yang melutut mengeluh dengan bebakul-bakul alasan - anda sebenarnya tidak gagal. Anda hanya mengalah dek kerana anda tidak cuba mengenali potensi yang berselindung dalam tubuh anda. Anda kecewa dengan diri sendiri dan bukannya kecewa atas sebab pihak dan individu lain. Dan bagi yang bergerak deras dan maju setapak ke depan; Anda sebenarnya masih jauh dari pangkalnya. Itu petanda anda sabar. Dan masih banyak cerita menarik menunggu anda di hujung selekoh sana.
Jangan mudah melihat kepada hal-hal yang mendorong anda mengubah fikiran anda. Misalnya, tak perlulah anda bergaul dan berkumpul dengan mereka diyakini boleh mempengaruhi anda dan melunturkan semangat anda. Rasul ALLAH pun menyebut dalam hadisnya agar kita memilih dengan siapa dan golongan yang bagaimana yang harus kita gauli untuk memelihara pemikiran dan ijtihad kita. Kita bukan membuang kawan-kawan yang tidak menerima atau menjauhi kawan-kawan yang tidak menyertai kita. Bukan! Kita hanya perlu hadkan pergaulan dengan mereka mencukupi mereka tidak mempengaruhi kita dengan perkara-perkara yang negatif. Itu sahaja.
Jika anda punyai cita-cita dan berhajat mencapainya, anda hanya perlu melihat sekeliling. Perhatikan apa yang telah anda lakukan dan sedang lakukan. Adakah ianya berbaloi dan menguntungkan? Adakah ianya menolak anda mencapai cita-cita anda itu? Jika tidak, anda haruslah bertenang, berlapang dada dan mulalah menginjak dari duduk sila anda sekarang dengan berbuat sesuatu. Dan tentunya saya mencadangkan anda menyertai kami. Ya, anda perlu mengambil sedikit risiko. Anda harus berani membuat keputusan kerana tidak ada apa lagi yang boleh anda usahakan sekarang jika pilihan ini tidak anda pilih. Anda perlu mencuba untuk mengubah dan mencapai cita-cita anda dari setiap apa jua sahaja lubang cahaya yang muncul. Mungkin ianya peluang seumur hidup anda untuk keluar dari gua kegelapan. Mungkin sahaja ianya satu-satunya jalan keluar untuk anda. Saya tidak pasti. Ianya serba mungkin. Tetapi yang pasti, tidak menjadi satu kesalahan jika anda mencubanya, ye tak?

BERGAMBAR BERSAMA KELAB 606

BERGAMBAR BERSAMA KELAB 606

KONVOI MGU2009

ALI - Berubah dengan satu KEPUTUSAN

Ini cerita saya dulu2..masa ramai orang cerita yang kita hanya boleh buat duit dengan modal sekali seumur hidup. Mana saya percaya! Tambah plak boleh dapat duit hari-hari..Lagi saya tak percaya!!Tapi betul jugak orang lain cakap; "kita makan hari-hari dapat gaji sebulan sekali!"..Walaupun lepas banyak kali di ajak buat bisnes ni saya, tetap tolak mentah-mentah...Bukan tak percaya..Dah tengok ramai pun yang berjaya, tapi saya masih teragak-agak...Dan saya pun dok macamtu jugak...Lepas saya tengok adik ipar saya buat beberapa bulan dan nampak perubahan dalam hidup dia, saya mula mencongak-congak sendiri...Kalau tak cuba mana kita tahu boleh ke tak..ye tak? Tapi nak start bisnes nak plak keluar modal..Last2 sekali saya kena tebalkan muka meminjamlah sana sini...Nak berjaya kita ikut jer lah macamana orang berjaya buat...Lepas join, saya terus belajar dari group saya ni..pelan2 kayuh cakap orang utara..Alhamdulillah...belum pun setahun saya dalam bisnes ni saya dah boleh hadiahkan isteri dan anak-anak dengan kereta yang selesa dan yang saya idam-idamkan nih! Nasihat saya kepada anda yang kat luar sana; Jangan takut mencuba, sebab hidup hanya sekali..Anda mungkin terfikir yang anda mungkin gagal selepas mencuba, tapi bagaimana pulak kalau anda mungkin berjaya sedangkan anda tidak mahu mencubanya langsung!Tentu lebih rugi kan?ABANG IPAR & KAKAK AKU..